Monday 15 April 2013

Alamat Internet

BIL.
TAJUK
ALAMAT INTERNET
1
Sajak

2
Pantun

3
Tatabahasa

4
Tanda baca

5
Wacana

6
Cerita pendek

7
Lagu rakyat

8
Lagu kanak-kanak

9
Kata ganda

10
Kata seru

11
Novel

12
Kata tanya

13
Peribahasa

14
Ayat majmuk

15
Hukum D-M

16
Kata ganti nama

17
Ayat tunggal

18
Antonim

19
Sinonim

20
Morfologi



Thursday 11 April 2013

SENARAI ENJIN CARIAN



SOALAN MINGGU 1


Minggu          : 1
Tarikh             : 2 JANUARI 2013
Masa              : 2.00 – 5.00 petang
Topik              : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
-       Menggunakan web, video, audio, teks dan imej
-       Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
-       Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog

Soalan           : Apakah kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran 
  dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui  internet.
2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah  mengikut tahap dan kebolehan mereka.
16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.


Enjin carian


Apakah Maksud Enjin Carian ?
Enjin carian merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Jika menaip kata kunci ‘buah delima’ pada enjin carian seperti Google, Yahoo! atau lain-lain, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘buah delima’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘buah delima’ akan dipaparkan kepada anda.

Kebanyakkan enjin carian adalah berbeza dari segi fungsinya. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu direktori dan enjin pencari. Wujud kekeliruan antara kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori.

Kekeliruan ini berlaku disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Perkara ini telah disalah ertikan oleh pengguna yang mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.




Bagaimanakah Enjin Pencari Berfungsi?

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.











Contoh-contoh enjin carian

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com 
4) MetaCrawler.com 


Apakah kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran 
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Jawapan :
1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.


Definisi audio,video,grafik dan teks:




i. Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu,audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akanmenghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


ii. Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media ( seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

iii. Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

iv. Teks
teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.





Animasi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Animasi ini bertukar sebanyak 10 kali sesaat.

Animasi ini bertukar sebanyak 2 kali sesaat. Anda dapat melihat pergerakannya.
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.
[sunting]Animasi awal
Maklumat selanjutnya: Sejarah animasi

Contoh terawal cubaan mengabadikan fenomena
 pergerakan dalam sesuatu lukisan pegun boleh didapati dalam lukisan gua zamanpaleolitik, yang mana haiwan digambarkan dengan kaki-kaki dalam in posisi-posisi bertindan, agar jelas memberikan persepsi pergerakan.
Phenakistoscope, zoetrope dan praxinoscope, serta 'flip book yang biasa, merupakan perkakas animasi popular terawal yang dicipta ketika 1800-an. Alatan ini menghasilkan gerakan daripada lukisan bersusun menggunakan kaedah teknologi, namun animasi sebenarnya tidak banyak berkembang sehingga terciptanya filem wayang gambar.
Tiada seorang individu tunggal pun boleh diakui sebagai "pencipta" seni animasi filem, kerana terdapat sebilangan orang melakukan sebilangan projek yang boleh dianggap sebagai pelbagai jenis animasi yang wujud pada masa yang sama.
Georges Méliès, seorang pembikin filem Perancis, ialah pencipta filem kesan khas, seperti Pengembaraan ke Bulan (Le Voyage dans la lune). Beliau menggunkan pelbagai teknik – salah satunya adalah untuk menghentikan rakaman kamera, membuat perubahan dalam babak, dan kemudiannya menyambung rakaman filem. Idea ini amat serupa dengan apa yang bakal menjadi animasi gerak henti. Méliès menemui teknik ini secara tidak sengaja apabila kamera beliau rosak apabila merakam sebuah bas bergerak. Setelah kamera itu dibaiki, kebetulan seekor kuda sedang berjalan melaluinya sebaik sahaja Méliès menyambung rakaman. Hasilnya, bas itu seakan-akan bertukar menjadi kuda.
J. Stuart Blackton barangkalinya merupakan pebikin filem Amerika Syarikat pertama yang menggunakan teknik gerak henti dan animasi lukisan tangan. Setelah diperkenalkan kepada perfileman oleh Edison, beliau merintis konsep-konsep ini pada awal abad ke-20, dengan karya berhakcipta sulung beliau pada tahun 1900. Sesetengah filem beliau, antaranya The Enchanted Drawing(1900) dan Humorous Phases of Funny Faces (1906) merupakan versi filem bagi rutin "pelukis kilat" Blackton, dan menggunakan versi diubah suai teknik-teknik gerak henti awal Méliès untuk menghasilkan sesiri lukisan papan hitam kelihatan bergerak dan berubah bentuk sendiri. Humorous Phases of Funny Faces' sering dianggap sebagai filem animasi pertama yang sejati, dan Blackton pula animator pertama yang sebenar.
Seorang lagi seniman Perancis, Émile Cohl, mula melukis siri kartun dan pada tahun 1908, beliau menghasilkan filem bertajuk Fantasmagorie. Filem ini menampilkan satu stick figure yang bergerak-geri dan menemui beraneka all objek berubah bentuk, seperti botol wain yang bertukar bentuk menjadi bunga. Terdapat juga bahagian lakonan langsung yang mana tangan animator memasuki babak. Filem ini dihasilkan dengan melukis setiap gambar pada kertas lalu mengambil setiap gambar ke dalam filem negatif yang memberikan rupa papan hitam pada gambar. Ini menjadikan Fantasmagorie filem animasi pertama yang dihasilkan melalui apa yang dikenali sebagai animasi tradisional (lukisan tangan).
Berikutan kejayaan Blackton dan Cohl, ramai lagi seniman lain mula bereksperimen dengan animasi. Salah seorang daripada mereka ialah Winsor McCay, seorang kartunis akhbar berjaya yang menghasilkan animasi terperinci yang memerlukan sepasukan artis dan perhatian yang cermat dan teliti untuk perinciannua. Setiap gambar dilukis pada kertas; yang selalunya memerlukan latar-latar dan watak-watak dilukis semula dan dianimasi. Antara filem McCay yang terkenal termasuk Little Nemo (1911), Gertie the Dinosaur (1914) dan The Sinking of the Lusitania (1918).
Pembikinan filem pendek animasi, atau "kartun", berkembang menjadi sebuah industri ketika 1910-an, dan kartun pendek ini dihasilkan untuk tayangan pawagam. Penerbit animasi awal yang paling berjaya ialah John Randolph Bray yang, bersama-sama animator Earl Hurd, mempatenkan proses cel animation yang mendominasi industri animasi sepanjang dekad itu.