TOPIK 1


Minggu          : 1
Tarikh             : 2 JANUARI 2013
Masa              : 2.00 – 5.00 petang
Topik              : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
-       Menggunakan web, video, audio, teks dan imej
-       Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
-       Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog

Soalan           : 1.       Apakah yang dimaksudkan dengan enjin carian?
                           2.      Contoh-contoh enjin carian.

Jawapan soalan 1   :
Enjin carian merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman sesawang dan kata kunci atau frasa. Sebagai contoh, apabila anda menaip kata kunci 'Perlis' pada Google atau Yahoo, maka anda sebenarnya sedang menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat tentang Perlis. Enjin carian akan mencari kata kunci yang telah dimasukkan dengan kata kunci yang terkandung pada indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Perlis' dijumpai, maka laman sesawang yang berkaitan 'Perlis' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.


Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Cara enjin pencari berfungsi adalah apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
http://www.ilmuit.com/images/artikel/1/2005-11-21_fig1.gif
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.






















No comments:

Post a Comment