JAWAPAN MINGGU 7
1. DEFINISI
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Telah dikemukakan oleh Robert M.Gagne. Merupakan satu teori
bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses P&P. Mengikut teori
ini, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luaran akan diterima dalam
sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat-maklumat yang diterima ini
akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dalam otak manusia. Selepas
ditafsirkan, maklumat ini akan dihantar ke stor ingatan jangka masa panjang
dalam otak manusia. Daripada stor ingatan jangka panjang, maklumat ini akan
dihantar ke pergerakan tindak balas melalui sistem saraf dalam badan manusia. Terdapat
2 kompenen dalam model ini iaitu ekspositori dan inkuiri.
Model
Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') ini juga bermula
dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari
bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses,
menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia
mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia
memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Model
pemprosesan maklumat ini mempunyai 4 proses iaitu pengekodan, penyimpanan,
mengingat kembali dan lupaan. Pertama proses Pengenkodan ('Encoding') ini ialah
proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam
deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Kedua penyimpanan
('Storage') iaitu proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam
ketiga-tiga stor memori. Ketiga ialah mengingat Kembali ('Retrieval') iaitu
proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang. Proses yang ke 4 ialah lupaan ('forgetting') iaitu proses
yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan
jangka pendek dan ingatan panjang
Pemindahan
ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian
maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih
('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal
pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka
pendek.
MODEL
ASSURE
Perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran
Reka
bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan
menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh
mengaplikasikan beberapa model yang sesuai
.
Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.
Peringkat-peringkat berkenaan adalah
1.
Tarik perhatian pelajar.
2.
Beritahu objektif pembelajaran.
3.
Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
4.
Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.
5.
Bimbing pembelajaran pelajar.
6.
Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
7.
Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
8.
Taksir pencapaian pelajar.
9.
Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.
10.
Model
ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan
penggunaan media.
Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
Model
ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif,
pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan
semak semula media dan bahan.
1.
Analisis ciri pelajar.
a) Mengenal
pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan
taraf sosioekonomi,
b) Mengenal
pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan
pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran
seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.
2.
Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.
a) Objektif
mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b) Penentuan
objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai,
keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
3.
Pilih media dan bahan.
Bahan
media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar
dan matlamat atau objektif
pembelajaran yang ingin dicapai.
4.
Gunakan alat/bahan pengajaran.
a) Sediakan
media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan.
Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
b) Kemudian
sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang
diperlukan.
c) Sediakan
tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan
dan keperluan untuk belajar.
d) Sediakan
pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif
pembelajaran.
e) Sedia
pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai
utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?
5.
Libatkan pelajar.
Untuk
mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan
dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi,
kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities)
seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi
tindak balas yang betul (Skinner, 1954).
6.
Nilai dan semak semula bahan.
Setelah
selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu
secara menyeluruh harus dijalankan.
MODEL TEORI BEHAVIORIS
(i)
MODEL HANAFFIN AND PECK
Model Hannafin dan Peck adalah model desain pembelajaran yang
terdiri daripada tiga fase yaitu fase Analisis keperluan, fase desain, dan fase
pengembangan dan implementasi (Hannafin & Peck, 1988). Dalam model
ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan dalam setiap fase. Model ini
lebih berorientasi produk, melalui tiga fasa:
1.
Fasa pertama, adalah analisis kebutuhan dilakukan dengan
mengidentifikasi kebutuhan-kebutuhan dalam mengembangkan suatu media
pembelajaran termasuklah di dalamnya tujuan dan objektif media pembelajaran
yang dibuat, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran,
peralatan dan keperluan media pembelajaran.
2.
Fasa kedua, adalah fase desain, informasi dari fase
analisis dipindahkan ke dalam bentuk dokumen yang akan menjadi tujuan pembuatan
media pembelajaran. Fase desain bertujuan untuk mengidentifikasikan dan
mendokumenkan kaidah yang paling baik untuk mencapai tujuan pembuatan media
tersebut. Salah satu dokumen yang dihasilkan dalam fase ini adalah dokumen
story board yang mengikut urutan aktifitas pembelajaran berdasarkan
keperluan pelajaran dan objektif media pembelajaran seperti yang
diperoleh dalam fase analisis keperluan.
3.
Fasa ketiga adalah fasa pengembangan dan implementasi, terdiri
dari penghasilan diagram alur, pengujian, serta penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Dokumen story board akan dijadikan landasan bagi
pembuatan diagram alir yang dapat membantu proses pembuatan media pembelajaran.
Untuk menilai kelancaran media yang dihasilkan seperti kesinambungan link,
penilaian dan pengujian dilaksanakan pada fase ini. Model Hannafin dan Peck
(1988) menekankan proses penilaian dan pengulangan harus mengikutsertakan
proses-proses pengujian dan penilaian media pembelajaran yang melibatkan
ketiga fase secara berkesinambungan.
(ii)
MODEL ADDIE
No comments:
Post a Comment